Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Kehidupan seharian kita kadang-kadang memerlukan penggunaan konteks ayat yang betul. Dengan demikian, sesuatu ujaran yang dihasilkan akan memberikan kefahaman yang jelas kepada orang lain. Namun demikian, penggunaan konteks ayat ataupun perkataan sering kali disalah gunakan oleh masyarakat. Kesilapan sedemikian dapat saya perhatikan dalam ucapan seseorang yang mempunyai pangkat yang berpengaruh dalam salah satu badan kerajaan. Sebagai contohnya,
“Masalah yang timbul dari kalangan kita adalah sangat membimbangkan sekali”.
Daripada sebaris ayat tersebut, kita dapat mengenal pasti penggunaan perkataan dari kalangan yang tidak sesuai. Perkataan ataupun kata sendi dari seharusnya merujuk kepada ujaran terhadap sesuatu tempat bukannya unsur lain. Sepatutnya,
“Masalah yang timbul dalam kalangan kita adalah sangat membimbangkan sekali”.
Begitu juga dengan penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dalam ayat ataupun ujaran. Dalam ucapan beliau yang berselang seli dengan perkataan bahasa Inggeris mungkin akan mencemarkan keindahan bahasa kebangsaan kita. Misalnya,
“Next, kita akan ke slide seterusnya”.
Secara kesimpulannya, gunakanlah bahasa Melayu secara keseluruhannya. Tidak janggal sekiranya kita mengamalkan bahasa kita sendiri kerana ia juga akan mencerminkan peribadi kita.
BAHASA JIWA BANGSA…
Wassalam.
No comments:
Post a Comment