Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Budaya masyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia mempunyai pelbagai versi. Masing-masing dengan pegangan dan kepercayaan yang tersendiri. Bagi masyarakat Melayu yang merupakan kaum majoriti negara ini mengamalkan subbudaya yang banyak. Bangsa Melayu mempunyai adat resam yang pelbagai. Adat resam tersebut selalu melingkari kehidupan seharian warganya dari seseorang individu itu lahir sehinggalah meninggal dunia. Antaranya ialah adat perkahwinan, adat melenggang perut, adat melahirkan, adat berkhatan dan banyak lagi. Dengan adanya adat, kehidupan masyarakat seolah-olah lengkap. Selain daripada itu, masyarakat Melayu juga mementingkan adab semasa berbicara dengan orang lain. Tanggapan awal terhadap seseorang penutur akan diberikan apabila seseorang itu berbicara. Setiap patah perkataan dan gerak laku yang dilakukannya akan mencerminkan sikapnya yang sebenar. Antara contoh yang terdekat ialah berdasarkan situasi ini.
Terdapat beberapa orang pelajar perempuan ingin berjumpa dengan pensyarahnya bagi bertanyakan soal tugasan.
Pelajar 1: Dr, kumpulan kami diberikan tajuk ************ dalam tugasan ni. Kami ada menyediakan draf tugasan dan kami harap Dr. akan memeriksa dahulu.
Pensyarah : Oh ya, saya rasa kamu kena tambah isi dengan mencari rujukan luar yang lebih banyak. Yang lain saya rasa ok.
Pelajar 2 : Dr. selalunya ok. Tapi apabila kami bentang nanti ada-ada saja yang Dr. akan komen. Suara pelajar perempuan itu sambil mencebikkan muka. Daripada air mukanya, jelas kelihatan yang dia kurang senang dengan respon yang diberikan oleh pensyarahnya.
Berdasarkan situasi tersebut, tidak wajar tindakan pelajar 2 kerana sikapnya agak kasar apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua daripadanya. Apabila berhadapan dengan orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada diri sendiri, kita haruslah lebih menghormatinya selagi beliau menjaga batas-batas pergaulan.
wassalam.
No comments:
Post a Comment