Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Kadang kala tindakan kita akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pihak yang lain. Walaupun kita telah melakukan sebaik mungkin, masih lagi dapat dikesan kelemahan yang ada. Kita hanya mahu melayan orang lain sebaik mungkin dan semampu yang boleh. Hal ini demikian boleh digambarkan dalam situasi di bawah.
Petugas Kaunter :“Hello sir, can I help you?” tanya petugas perempuan sebaik sahaja melihat seorang mat salleh yang menghampiri kaunter.
Pelanggan : “ I want coffee please”. Jawab pelanggan itu.
Petugas Kaunter :”Sorry sir, we have no coffee. But we still have tea, milk, nescafe and lemon tea”. Terang petugas lagi.
Pelanggan :”I don’t want. I want coffee please”. Minta pelanggan mat salleh tadi dengan wajah yang tidak berpuas hati.
Petugas Kaunter :”Sir….”
Pelanggan :” You dumb, go to hell”. Marah pelanggan tersebut sambil beredar.
Berdasarkan situasi di atas, dapat kita rumuskan bahawa walaupun kita berlainan bangsa dan agama kita harus mengamalkan nilai-nilai murni. Antaranya seperti sopan, peramah, sabar dan sebagainya. Sikap petugas kaunter boleh dicontohi kerana dia menunjukkan sikap yang peramah apabila melayan pelanggan yang hadir. Sikap yang lembut dan sopan dilihat daripada gaya percakapannya. Namun, pelanggan tersebut tidak mempunyai nilai yang baik kerana mudah marah ataupun tidak sabar, jangankan akan mengucapkan ucapan terima kasih kepada petugas kaunter. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang individu yang sarat dengan nilai murni akan disukai oleh orang lain.
wassalam...
No comments:
Post a Comment