Assalamualaikum

Saturday, March 12, 2011

SITUASI:KESEDIHAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

PADA MINGGU LEPAS, SAYA TELAH MENERIMA DUA BERITA SEDIH. BERITA TERSEBUT MENYENTUH PERASAAN SAYA WALAUPUN TIDAK MELIBATKAN ORANG-ORANG YANG RAPAT DENGAN SAYA. TETAPI SAYA TELAH MELALUI SAAT-SAAT KEHILANGAN ORANG YANG TERSAYANG. KEPADA MEREKA, SAYA BERHARAP TABAHKAN HATI MENEMPUHI UJIAN ALLAH INI.

SITUASI 1
AYAH KEPADA KAWAN SEKELAS SAYA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. SAYA KURANG PASTI PUNCANYA. SIKAP RAKAN-RAKAN YANG LAIN SEOLAH-OLAH INGIN BERKONGSI KESEDIHAN DENGAN MENGADAKAN KUTIPAN DERMA DI DALAM KELAS. WALAUPUN DERMA TERSEBUT TIDAK BANYAK. DIHARAP DAPAT MERINGANKAN RASA SEDIH YANG DIALAMI. ITU SEBAGAI TANDA PRIHATIN KAMI. SAYA DOAKAN AYAH SITI HAJAR DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG YANG BERIMAN. AMIN...

SITUASI 2
ABANG TEMAN SERUMAH SAYA TELAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA. DIFAHAMKAN ABANGNYA YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL TERJATUH DAN DISERET OLEH VAN. KAWAN SERUMAH SAYA TERPAKSA BERTOLAK KE KEDAH PADA LEWAT MALAM. TETAPI YANG MENGHAIRANKAN SAYA, DARIPADA RIAK WAJAHNYA TIADA TANDA-TANDA KESEDIHAN YANG DITUNJUKKAN. MUNGKIN DIA INGIN MENYEMBUNYIKAN PERASAAN SEDIH ITU DENGAN BERSEMBANG DENGAN RAKAN-RAKAN DI FACEBOOK SEMENTARA MENUNGGU KEDATANGAN KAKAKNYA DARI KUALA LUMPUR.

BERDASARKAN KISAH-KISAH TADI, KITA SEBAGAI MANUSIA HARUS REDHA AKAN KETENTUAN ALLAH SWT DAN MENERIMANYA DENGAN PENUH KESYUKURAN WALAUPUN TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN SERIBU KEPAHITAN

WASSALAM.

INTERNET DISALAHKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sedang saya menyiapkan tugasan untuk dihantar pada minggu hadapan, tiba-tiba kawan serumah dengan saya menjerit. Terkejut yang amat, saya keluar dari bilik dan melihat dia yang sedang mengadap komputer ribanya. Wajahnya yang masam mencuka, rambut yang sedikit tidak terurus. Saya pun mengambil keputusan untuk bertanya.

Saya : Awak, kenapa menjerit tadi?
Kawan : Internet ni slow giler. Kadang-kadang tak dapat langsung. Dah puas  cari port ni. Memang teruk la internet ni.
Saya : Oh..nanti dapat la tu.
Saya terus masuk semula ke dalam bilik. Timbul rasa pelik, internet saya baik-baik sahaja. 



Berdasarkan situasi tersebut, kawan saya terlalu emosi dengan keadaan yang dialaminya. Masalah yang kecil boleh menyebabkan dia menjadi tertekan. Dalam hal ini, internet dipersalahkan. Seharusnya, kita perlu bijak mengawal perasaan supaya orang lain akan menghormati kita.


Wassalam.

SEDIA BERKHIDMAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya mendengar cerita seorang kawan saya. Dia telah mengadu tentang kerosakan tandas di rumahnya yang sampai sekarang masih belum dibaiki. Sudah beberapa kali laporan telah dibuat di pejabat kolej kediaman. Hampir setiap minggu, namun laporan hanya tinggal laporan sahaja. Banyak masalah lain yang timbul ekoran daripada masalah besar tersebut. Antaranya terpaksa menunggu giliran yang lama kerana lapan orang terpaksa berkongsi satu tandas. Itulah antara masalah yang paling ketara.

Dalam situasi ini, sikap kita mencerminkan hati kita. Pihak yang bertanggungjawab harus peka akan keadaan dan masalah yang terpaksa dihadapi oleh penghuni. Dalam menjalankan tugas, kita haruslah selalu bersiap sedia, bukannya mengharapkan ganjaran yang akan diterima pada 25 haribulan sahaja. Amanah yang diberikan haruskan dijalankan sebaik mungkin. Dengan itu, barulah orang lain akan menanam kepercayaan kepada kita.

Wassalam.

PEPATAH MELAYU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya membaca satu tajuk dalam buku Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu yang berbunyi PEPATAH. Saya cukup tertarik untuk mengetahui sekitan nota yang boleh dijadikan panduan kepada saya bagi menambahkan ilmu di dada. Buku yang dikarang oleh En. Abdullah Yusof bersama dua orang lagi pensyarah lain padat dengan isi-isi penting. Hasil kutipan daripada tokoh-tokoh bahasa lain dapat menguatkan lagi pendapat yang cuba diketengahkan oleh beliau dalam buku tersebut. 

Pepatah merupakan salah satu daripada jenis peribahasa. Pepatah boleh dianggap sebagai warisan zaman dan mengandungi aspek adat-istiadat, undang-undang, peraturan dalam masyarakat dan sebagainya. Contoh-contoh yang diberikan dapat difahami dengan jelas kerana diselitkan dengan maksud pepatah dan ayat sekali.
Antara contoh pepatah Melayu seperti berikut:

Pepatah Melayu
Maksudnya
 
Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa.
 
Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
 
Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita.
Guruh tak berbunyi, malang tak berbau.
 
Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
 
Percaya akan orang yang mengkhianati kita.
Kalah jadi abu, menang jadi arang.
 
 
Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian tidak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah. Kedua-duanya hangus.
 
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
 
 
Orang yang pandai akan melakukan kesalahan sesekali. Kalau orang itu pandai melakukan jenayah, sekali jatuh pun cukuplah susah.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
 
Bekerjasama dan saling menolong.
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
 
Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
 
Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya.
 
Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya.
 
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa berusaha.
 
Takut kerana salah, berani kerana benar.
 
Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
 
Buang yang jahat, ambil yang baik.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
 
Lakukan kerja yang baik biarlah ada batasnya tetapi jangan melakukan kejahatan.
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
 
Budi baik dikenang walaupun orangnya sudah mati.
Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
 
Semakin banyak wang/ilmu, orang itu semakin merendahkan diri.
Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada janjinya.
 
Janji mesti ditepati.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita.
 
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.
Mendapat sesuatu yang diingini.



Wassalam.

INSYA ALLAH VERSI BAHASA MELAYU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kata orang, bahasa cerminan bangsa. Saya sebagai seorang warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu ingin menggunakan bahasa ibunda saya sebaik mungkin. Salah satunya ialah saya ingin menukar lagu dalam blog ni. Sekarang blog saya masih lagi Insya Allah versi bahasa Inggeris. Saya akan tetap berusaha sampai berjaya mengubahkannya kepada versi Melayu.

Kenyataan di atas serba sedikit menceritakan situasi saya yang cuba mengangkat kedudukan bahasa Melayu ke tahap yang paling tinggi. Kalau Maher Zain boleh menyanyikan lagu Insya Allah yang asalnya dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang baik, kenapa tidak saya? Saya hanya perlu mencari laman sesawang yang membolehkan saya berbuat demikian. 

Kita sebagai orang Melayu harus sama-sama mendaulatkan bahasa rasmi kita. Bahasa asal nenek moyang kita, bahasa yang telah memerdekakan kita. 


Wassalam.

Friday, March 11, 2011

BERI SOALAN DAHULU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Minggu lepas, saya baharu sahaja melepasi pengajaran makro dalam kelas. Setelah 40 minit masa yang diberikan, saya melepasi masa debaran tersebut. Sebenarnya saya bersama tiga lagi rakan lain menjalankan pengajaran berdasarkan model pengajaran langsung yang memfokuskan Teori Pemodelan Bandura. Selepas fasa demi fasa dan sesi pengajaran, tibalah masa untuk penilaian oleh rakan-rakan dan pensyarah.


Kelemahan yang kumpulan saya lakukan ialah memanggil pelajar terlebih dahulu sebelum menanyakan soalan yang disediakan. Sepatutnya sebelum memanggil nama pelajar, saya seharusnya membaca soalan yang perlu dijawab oleh pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar akan memberi perhatian terhadap soalan yang diberikan dan mereka akan mempunyai masa untuk mencari jawapan di sebalik persoalan yang diajukan kepada 
mereka.








Hal yang sama bukan sahaja penting dalam pengajaran makro, malah penting dalam aspek kehidupan lain termasuklah dalam komunikasi sesama kita. Dengan cara ini, orang lain akan lebih tertarik terhadap tajuk 
perbualan yang dijalankan.




Wassalam.

BERCAKAP DENGAN LAJU.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam negara kita, terdapat beberapa negeri yang penuturnya bertutur dalam keadaan yang laju. Antaranya ialah Kedah, Terengganu dan Kelantan. Kadang kala situasi ini memberi masalah kepada orang lain. Hal ini demikian kerana pendengar akan mengalami kesukaran untuk memahami dan meneliti apa-apa sahaja yang ingin dikatakan. Masalah ini tidak akan timbul sekiranya mereka bercakap sesama negeri kerana budaya dan gaya percakapan adalah sama. Saya dapat mengaitkan keadaan ini dengan satu situasi iaitu apabila kami sedang membuat latihan drama Air Mata Seorang Reformis.

Dalam situasi ini, terdapat seorang pelakon yang berasal daripada negeri Terengganu sedang melakonkan babaknya. Semua orang yang hadir tidak dapat mengecam perkataan yang ingin dinyatakan olehnya termasuklah pensyarah dan pengarah drama. Pelajar tersebut diminta untuk membuat latihan agar menyebut perkataan demi perkataan secara perlahan-lahan dan boleh difahami oleh semua orang.

Berdasarkan situasi tersebut, kita sebagai rakyat Malaysia harus bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.....

Wassalam.