Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Komunikasi menjadi satu talian antara individu . Dengan adanya komunikasi, maka kita sesama individu akan dapat menjalankan urusan dan hubungan yang berkesan. Dalam komunikasi, antara salah satu aspek yang harus dititikberatkan adalah persefahaman. Apabila hubungan ataupun komunikasi terjalin berdasarkan persefahaman, sesuatu urusan ataupun perbincangan itu akan memberikan impak yang positif. Saya membincangkan aspek komunikasi ini berdasarkan pengalaman seperti di bawah.
Terdapat dua orang sahabat yang sedang berbincang. Mereka tidak ada persefahaman, lalu terjadi penghalang kepada mencapai komunikasi yang berkesan. Si A mengatakan pendapatnya yang tersendiri tentang pemindahan tarikh praktikum bagi pelajar UPSI. Si B pula menyatakan pendapat yang dirasakan betul. Masing-masing mahu menegakkan pendapat sehinggakan mencetuskan rasa kurang senang kepada kedua-dua pihak. Dengan sikap yang saling mementingkan diri, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Akhirnya perbincangan berlalu begitu sahaja.
Berdasarkan situasi di atas, kita seharusnya mengetahui adab-adab semasa berkomunikasi. Mereka harus berbincang mengikut langkah yang sepatutnya. Pada mulanya, setiap individu A perlu memberikan pendapat sendiri dan individu B akan mendengar dengan teliti. Begitu juga apabila pihak B memberikan pandangan ataupun buah fikiran. Seterusnya, masing-masing harus menilai kedua-dua pendapat itu secara bersama dan mengenal pasti kelemahan dan kelebihan yang terdapat dalam isi perbincangan. Akhir sekali, mereka akan mendapat satu keputusan ataupun penilaian yang baik demi kebaikan bersama.
wassalam
No comments:
Post a Comment