Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dalam masyarakat, kuasa dianggap penting bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Dengan adanya kuasa dalam diri seseorang, maka segala yang diinginkan pasti akan tercapai dengan mudahnya. Tambahan pula, seseorang akan dihormati dan digeruni berdasarkan kuasa yang dipikulnya. Orang-orang yang berada di bawahnya akan menurut sahaja segala perintah dan suruhan sebagai tanda penghormatan. Dalam hal ini, kita sesama manusia, walaupun kita berlainan pangkat, warna kulit, dan kekayaan yang berbeza, namun harus diingat bahawa kita adalah manusia. Perkara penting yang tidak harus dilupakan ialah kita hamba Allah yang sama taraf dimataNya. Walaupun kita mempunyai kuasa, kita mesti saling menghormati antara satu sama yang lain. Saya ingin bercerita tentang kuasa kerana saya agak tertarik dengan peristiwa yang berlaku pada petang tadi.
Peristiwanya berkisar di pasar malam kolej kediaman saya. Sedang kami menunggu untuk membeli, saya melihat ada seorang pengawal keselamatan yang juga sedang menunggu.
Pakcik yang menjual makanan tersebut berkata
"Kita bagi abang ni la dulu, nanti dia akan menahan pelajar-pelajar yang berada dalam kolej kediaman ni. Dia kan pengawal keselamatan".
Walaupun dia adalah pengawal keselamatan, seharusnya kuasa yang dimilikinya tidak elok digunakan untuk kepentingan sendiri sedangkan pelajar-pelajar yang telah lama beratur perlu menunggu sedikit masa kemudian. Oleh itu, gunakanlah kuasa yang ada di tempat yang sesuai.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment