Assalamualaikum

Sunday, March 6, 2011

MENGUMPAT DAN DIUMPAT.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mengumpat boleh dianggap sebagai suatu budaya dalam kalangan masyarakat dan agak sinonim dengan kaum perempuan. Kalau diperhatikan, sesetengah masyarakat ini akan bersembang kosong pada waktu petang. Dalam perbualan itu, umpatan terhadap sesuatu akan mengisi ruang sembang terdapat. Pelbagai hal yang di'diskusi'kan antaranya tentang perangai anak jiran, suami kahwin lain, cerita-cerita artis dan sebagainya.


Budaya ini dipandang negatif kerana boleh merosakkan keharmonian masyarakat. Di samping itu, timbulnya perasaan prasangka buruk antara satu sama lain. Hubungan yang dingin dan tidak bertegur sapa walaupun mempunyai hubungan yang rapat akan berlaku. Tambahan pula, apabila adanya batu api ataupun penghasut yang bertindak orang tengah. Di samping itu, mengumpat juga boleh menimbulkan fitnah yang dosanya sangat lah besar.



"Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)



Wassalam


No comments:

Post a Comment