Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Dalam kehidupan kita sekarang, bahasa rojak seakan sudah sebati dengan gaya percakapan kita. Secara tidak sedar kita sendiri telah mencemarkan bahasa asli kita iaitu bahasa Melayu. Saya seolah dipanggil untuk mencoret tentang percampuran bahasa ini kerana sekarang penggunaannya seperti cendawam tumbuh selepas hujan khususnya dalam kalangan remaja kita. Misalnya,
Remaja 1 : You, esok kita pergi KL nak? Kat sana nanti, kita boleh shopping.
Remaja 2 : I think pun macam tu juga. Kalau ada sale lagi bagus.
Berdasarkan contoh tersebut, perkataan you, KL, shopping, think dan sale merupakan perkataan bahasa Inggeris yang telah digunakan dalam bahasa Melayu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa keadaan ini tidak menimbulkan sesuatu yang pelik namun tetap situasi ini salah dan melanggar hokum penggunaan bahasa Melayu. Oleh itu, marilah sama kita menggunakan bahasa Melayu dengan betul agar dapat memartabatkan bahasa ibunda kita.
WASSALAM..
No comments:
Post a Comment