Assalamualaikum

Sunday, March 6, 2011

Bila Melayu Berlebihan.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya bersama rakan-rakan telah mengikuti taklimat Naib Canselor untuk pelajar-pelajar Semester 6 dan 7 bagi mengikuti praktikum pada semester hadapan. Selepas Naib Canselor memberikan ucapan, masa untuk menanyakan soalan diluangkan kepada pelajar-pelajar. Daripada situasi ini, pelbagai ragam manusia dapat saya lihat. Antara situasi yang menarik perhatian saya ialah apabila terdapat seorang pelajar perempuan yang beragama Islam dan berbangsa Melayu mengajukan soalan dalam bahasa Inggeris. Memang tidak dinafikan kehebatan berbahasa demikian ekoran daripada bidang pengajiannya. Namun, apabila melihat pelajar yang berbangsa Cina dan India sendiri menggunakan bahasa Melayu, timbul sedikit kekecewaan.

Berdasarkan situasi tersebut, kita sebagai orang Melayu harus memartabatkan bahasa kita walaupun apa-apa jua bidang yang dikuasai. Suatu keadaan yang agak memalukan apabila bangsa lain yang menggunakan bahasa kita sedangkan kita sendiri seakan-akan berbangga menggunakan bahasa bangsa lain. 

WASSALAM

No comments:

Post a Comment