Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sudah menjadi lumrah masyarakat dan manusia dalam dunia ini untuk mengkritik ataupun menerima kritikan. Kritikan merupakan menggambarkan seseorang pengikut pendirian yang berselisih dengan atau menentang objek. Dengan adanya kritikan, maka seseorang itu akan mengetahui kelemahan diri dan sekaligus dapat memperbaiki kelemahan tersebut ke arah yang lebih baik lagi.
Seseorang individu harus menerima sahaja apa yang dikritik. Namun demikian, pihak yang memberi kritikan haruslah jujur dan berterus terang, bukannya mempunyai niat yang tidak baik seperti melepaskan perasaan amarah mahupun membalas dendam. Dengan adanya pendekatan ini, maka sesuatu krtikan tersebut akan diterima dan dapat memberikan faedah kepada penerima kritikan. Dengan kata lain kritikan boleh dijadikan wadah untuk memperkembang potensi diri individu.
Sebagai contohnya, seorang pensyarah akan mengkritik hasil kerja pelajarnya supaya mereka boleh menghasilkan tugasan yang lebih baik lagi. Selain itu, kritikan yang selalu kita sedia maklum dalam bidang kesusasteraan. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang penulis akan mengkritik dan memberi pandangan kepada hasil karya penulis lain. Tambahan pula, kritikan merupakan aspek yang sangat penting dalam memajukan bidang kesusasteraan negara kita Malaysia.
Berdasarkan situasi tersebut, kita haruslah memandang sesuatu dengan positif walaupun kritikan yang diberikan kadang kala sedikit keras dan berlebihan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment