Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Pada hari ini saya bersama ahli kumpulan EDU telah mengadakan satu perbincangan bagi sesi Makroteaching ataupun Pengajaran Makro pada hari Selasa nanti. Kami memilih tajuk yang berkaitan dengan cara berurus bagi mendapatkan sesuatu perkhidmatan. Cara berurusan yang ingin dilakukan adalah sedikit sebanyak menerapkan unsur kesantunan berbahasa. Dalam membincangkan hal tersebut, kami akan memberikan contoh dalam dua situasi.
Situasi Pertama:
Dialog antara petugas kaunter dengan pelajar dalam urusan pembukaan akaun bank. Dalam situasi ini, petugas digambarkan sebagai seorang yang tidak mempunyai kesantunan berbahasa apabila menggunakan bahasa yang kurang sopan. Di samping itu, petugas tersebut juga melayan pelajar dengan acuh tak acuh sahaja walaupun pelajar yang jauh lebih muda daripadanya mempunyai budi bahasa yang sangat baik.
Situasi Kedua:
Perbualan antara penjaga kaunter dengan seorang pelajar di pejabat pos. Kedatangan pelajar disambut baik dan mesra oleh petugas. Pelajar mengadu masalah barang yang dihantar tidak diterimanya. Petugas kaunter mendengar dengan teliti dan melakukan tindakan yang sewajarnya. Setelah diteliti, terdapat sebab yang munasabah iaitu alamat yang diberikan tidak lengkap. Dengan bahasa yang lembut, petugas tersebut menerangkan punca terjadinya masalah terbabit dengan jelas kepada pelajar.
Berdasarkan situasi di atas, dapat kita simpulkan bahawa kesantunan berbahasa amat penting dalam komunikasi. Dengan adanya nilai positif ini, maka hubungan yang erat dan baik akan terjalin dengan sendirinya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment