Assalamualaikum

Friday, March 11, 2011

BERI SOALAN DAHULU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Minggu lepas, saya baharu sahaja melepasi pengajaran makro dalam kelas. Setelah 40 minit masa yang diberikan, saya melepasi masa debaran tersebut. Sebenarnya saya bersama tiga lagi rakan lain menjalankan pengajaran berdasarkan model pengajaran langsung yang memfokuskan Teori Pemodelan Bandura. Selepas fasa demi fasa dan sesi pengajaran, tibalah masa untuk penilaian oleh rakan-rakan dan pensyarah.


Kelemahan yang kumpulan saya lakukan ialah memanggil pelajar terlebih dahulu sebelum menanyakan soalan yang disediakan. Sepatutnya sebelum memanggil nama pelajar, saya seharusnya membaca soalan yang perlu dijawab oleh pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar akan memberi perhatian terhadap soalan yang diberikan dan mereka akan mempunyai masa untuk mencari jawapan di sebalik persoalan yang diajukan kepada 
mereka.








Hal yang sama bukan sahaja penting dalam pengajaran makro, malah penting dalam aspek kehidupan lain termasuklah dalam komunikasi sesama kita. Dengan cara ini, orang lain akan lebih tertarik terhadap tajuk 
perbualan yang dijalankan.




Wassalam.

No comments:

Post a Comment