Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada minggu lepas, saya bersama seorang rakan telah pergi ke fakulti xxxxx. Di sana kami ingin menyelesaikan urusan. Lalu kami masuk ke pejabat dan membuat urusan tersebut. Selepas saya dan rakan ingin keluar, terdapat tiga orang lagi pelajar perempuan lain. Mereka merupakan rakan satu kelas saya dan ingin membuat urusan yang sama. Mungkin mereka terlupa akan 'prosedur' yang harus dilakukan dengan menyebut 6 angka nombor matrik paling hujung. Hal ini demikian kerana salah seorang daripada mereka menyebut nama sahaja. Kami pun sedia tahu yang mereka mungkin susah untuk mengesan nama kami yang agak ramai. Namun, tindakan petugas terbabit yang seakan memarahi rakan saya itu adalah tidak wajar sama sekali. Tidak salah rasanya andai dia menegur dengan baik dan meminta nombor matrik pelajar itu. Dengan nada suara dan mimik muka dapat memberitahu yang dia hanya melayan pelajar sambil lewa sahaja.
Berdasarkan situasi tersebut, sebagai manusia kita harus menghormati insan lain walaupun mereka jauh berbeza daripada kita. Tidak kira la dari segi umur, kerjaya, taraf hidup dan sebagainya. Di samping itu, kita haruslah menghargai tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Semasa melakukannya, sikap suka dan rela harus ada, bukannya terpaksa.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment