Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bahasa badan merupakan cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dan sebagainya, bukan melalui pertuturan (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Bahasa badan penting dalam mempamerkan perasaan ataupun sesuatu situasi. Dalam sesuatu komunikasi yang dilakukan, bahasa badan harus difahami dengan teliti. Hal ini demikian kerana bagi mengelakkan berlakunya salah faham dan konflik antara kedua belah pihak.
Rencana di bawah dapat memberi serba sedikit maklumat kepada kita.
Memahami Bahasa Badan
by HENRIK EDBERG.
by HENRIK EDBERG.
Bahasa Badan? ( Body Language )
Ia merupakan suatu bentuk ekspresi seseorang yang terpamer bukan daripada mulut tetapi ia adalah suatu bentuk komunikasi bukan suara. Dengan lebih tepat, ia adalah kenyataan perilaku badan seseorang secara gesture bagi menterjemahkan suatu makna yang tersendiri dan banyak melibatkan pergerakan mata dan tangan.
Kajian mengatakan ( Albert Mehrabian ), sering bila berlaku komunikasi, 60% – 70% yang terpamer adalah hasil daripada bahasa badan dan ia amat mempengaruhi kehidupan manusia dan merangkumi semua peringkat lapisan.
Bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi atau boleh mengisyaratkan sesuatu makna atau petunjuk kepada lawannya. Bahasa badan boleh menterjermahkan sikap seseorang sewaktu berkomuniskasi samada seseorang itu dalam mood yang bagus, agresif, memerlukan perhatian dari seseorang, relaks, bersedia, kebosanan, memahami arahan dan sebagainya.
Berikut ialah antara beberapa TIP yang amat berguna ( sebagai ilmu ) kepada kita untuk memahami mereka terutama kepada mereka yang sememangnya berkhidmat dengan orang ramai. Kenali dengan lebih mendalam pelanggan, pelajar, murid, pekerja atau staf anda dengan ilmu ini. Ia bukan setakat itu sahaja! Bahasa badan juga boleh membantu diri kita sendiri untuk MEMPENGARUHI orang lain supaya MEMPERCAYAI kita! Menguasai dan memilik kemahiran Bahasa badan dapat membantu seseorang melakukan perubahan besar dalam aktiviti seharian terutama ketika seseorang itu mahukan PERHATIAN YANG LEBIH DARI SESEORANG! Awek mungkin! Nak mohon cuti mungkin! Dalam sesi interview mungkin!
Sebenarnya TIADA NASIHAT & CARA KHUSUS bagaimana nak mengaplikasikan Bahasa Badan ini. Ia bergantung kepada cara BAGAIMANA ia harus berlaku. Ia bergantung kepada SUASANA dan SITUASI atau SIKON dan dengan SIAPA YANG SEDANG KITA HADAPI waktu itu.Dengan bos kita mungkin berbeza. Dengan awek mungkin berbeza. ( SIKON = situasi + kondisi )
AWAS! Perhatikan bagaimana cara kita duduk, berdiri, bagaimana kawalan pergerakan tangan, kaki, mata, bahu, jejari, mulut dan memek muka kita semasa berhadapan dengan seseorang! Ia mungkin kelihatan bodoh! Anda boleh berlatih di hadapan cermin dulu kalau anda mahu sebelum mempraktikkannya di luar sana! Syarat utamanya ialah : LAKUKAN DENGAN YAKIN DAN RELAK!
INGAT! Berbahasa Badan ini boleh menjadikan seseorang itu seorang PELAKUN tak popular dan kita mungkin menjadi seorang yang suka BERPURA-PURA! Tetapi apa salahnya, kalau kita senyum, senyuman itu untuk mengembirakan kita dan semua orang. Kalau kita berdiri tegak, biarlah ianya bertenaga dan terkawal. Apa salahnya kalau kita mampu melambatkan sedikit pergerakan kita yang boleh menyebabkan orang lain dan diri kita sendiri boleh menjadi tenang? Apa salahnya? Antaranya:
1. JANGAN BERPELUK TUBUH atau MENYILANG KAKI KETIKA BERCAKAP: Perlakuan ini boleh menyebabkan kita dianggap sebagai seorang yang sombong, keras hati, tak boleh diajak berunding, defensive atau berfikiran tertutup.
2. BERTENTANGAN MATA tetapi JANGAN MERENUNG:
Ketika berkomuniskasi, biar mata bertemu mata dan bermuka manis kerana mata adalah alat komuniskasi yang sangat penting. Mereka yang bertentangan mata ketika bercakap akan mewujudkan satu perhubungan dan rasa yang tenang dengan situasi waktu itu . Pelanggan akan dapat merasai bahawa dirinya dihargai dan sedang mendapat perhatian ketika itu. Dan mereka juga mahu mengekspresikan bahawa mereka sendang mendengar dan sedang memberi fokus terhadap topik yang diperbincangkan ketika itu.

3. GUNAKAN RUANG SEBIJAK YANG MUNGKIN:
Seperti duduk atau berdiri dengan kaki yang sedikit terbuka melambangkan anda seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempamerkan bahawa anda sedang berada dalam zon selesa ketika itu.
Seperti duduk atau berdiri dengan kaki yang sedikit terbuka melambangkan anda seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempamerkan bahawa anda sedang berada dalam zon selesa ketika itu.
4. RELAKSKAN BAHU ANDA
Jika anda terasa tension, ia disalurkan ke bahu anda. Jadi, redakannya dengan menggerak-gerakkannya sedikit bahu itu dan selepas itu kembali kepada posisi asalnya.
5. MENGANGGUK SEKALI SEKALA:
Perlakuan ini jelas membayangkan bahawa kita memahami situasai, sedang bersama dengannya atau menjelaskan kepada mereka bahawa kita sedang mendengar tetapi INGAT! Jangan mengangguk seperti Burung Belatuk!

6. JANGAN MENGELONSORKAN BADAN KETIKA DUDUK:
Nampak sangat malasnya tu. Kurang bersedia. Sambil lewa. Tidak serius. Menganggap lawan di depan itu lekeh! Nahas kita!
Nampak sangat malasnya tu. Kurang bersedia. Sambil lewa. Tidak serius. Menganggap lawan di depan itu lekeh! Nahas kita!
7. BERSANDARLAH TAPI JANGAN BANYAK SANGAT:
Kalau kita sedang duduk dan hendak mempemerkan bahawa kita amat berminat dengan percakapan seseorang, kita boleh bersandar sedikit. Jangan banyak sangat sebab orang akan mengatakan kita waktu itu hanya berpura-pura dengar, terdesak untuk segera mendengar dia habis bercakap dan anda kelihatan jauh dari sudut pandangan orang yang sedang bercakap.

8. BERMANIS MUKA, SENYUM DAN KETAWALAH:
Jangan terlalu serius. Relak sedikit. Senyum dan ketawalah bila mereka menyentuh perkara-perkala lucu tetapi jangan mengada-ngada. Positif! AWAS! Jangan jadi orang yang pertama ketawa ketikamana anda sendiri yang mengeluarkan cerita lucu! Kenapa? Sebab ia akan melambangkan anda seorang yang gabra, tidak bersedia, ketakutan dan gugup. Senyumlah ( bukan sengih ) ketika kita diperkenalkan dengan seseorang.

9.JANGAN MENGUSAP MUKA:
Perlakuan ini boleh mempamerkan dalaman kita yang sedang gugup, serbasalah dan ketakutan dan ia akan mengganggu perjalanan perbualan.
Perlakuan ini boleh mempamerkan dalaman kita yang sedang gugup, serbasalah dan ketakutan dan ia akan mengganggu perjalanan perbualan.
10. JANGAN MENUNDUKKAN KEPALA:
Jangan memandang lantai. Perlakuan ini akan mempamerkan bahawa kita adalah seorang tidak selamat, rendah dan tiada keyakinan diri, penakut dan amat tidak berminat, bosan dan ambil mudah.
Jangan memandang lantai. Perlakuan ini akan mempamerkan bahawa kita adalah seorang tidak selamat, rendah dan tiada keyakinan diri, penakut dan amat tidak berminat, bosan dan ambil mudah.
11. PERLAHAN DAN TERATUR:
Ini boleh berlaku kepada banyak hal. Berjalan misalnya, biar teratur. Ini akan mempamerkan anda seorang yang bijak, yakin diri, tenang, tiada stress dan yakinlan selepas itu ada banyak mata yang sedang memandang kea rah anda. Tetapi jangan perasan

12. JANGAN KAKU:
Elakkan!, Anda akan kelihatan risau dan kurang keyakinan diri. Bergerak-geraklah. Selesakan diri anda. Kalau tidak anda mungkin akan menjentik-jentik jari sendiri dengan tidak anda sedari!. Fokus. Kontrol handsome anda!

13. GERAKKAN TANGAN ANDA DENGAN YAKIN:
Gunakan pergerakan tangan anda dengan yakin untuk menjelas sesuatu. Tetapi jangan terlalu kerap.Kawal pergerakan tangan anda dengan bijak.
Gunakan pergerakan tangan anda dengan yakin untuk menjelas sesuatu. Tetapi jangan terlalu kerap.Kawal pergerakan tangan anda dengan bijak.
14. RENDAHKAN CARA MEMEGANG MINUMAN:
Jangan pegang bekas minuman dekat dengan dada.( mat sallehlah ni! ) kalau tidak anda mungkin dianggap kolot dan tertinggal
Jangan pegang bekas minuman dekat dengan dada.( mat sallehlah ni! ) kalau tidak anda mungkin dianggap kolot dan tertinggal
15. TEGAKKAN TULANG BELIKAT :
Banyak orang ( termasuk diri aku sendiri ) lupa akan perkara ini. Cepat sangat nak mencari dinding nak bersandar bila lama bercakap.
Banyak orang ( termasuk diri aku sendiri ) lupa akan perkara ini. Cepat sangat nak mencari dinding nak bersandar bila lama bercakap.
16. JANGAN BERDIRI TERLALU DEKAT:
Beri ruang kepada orang yang bercakap. Biar dia rasa selesa.
Beri ruang kepada orang yang bercakap. Biar dia rasa selesa.
17.KEKALKAN BERSIKAP BAIK:
Sentiasa bersikap positif, tenang dan terbuka kepada semua orang
Sentiasa bersikap positif, tenang dan terbuka kepada semua orang
Sumber : Dipetik daripada http://berita-harian-online.com/memahami-bahasa-badan/
WASSALAM
No comments:
Post a Comment