Assalamualaikum

Friday, March 11, 2011

BERCAKAP DENGAN LAJU.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam negara kita, terdapat beberapa negeri yang penuturnya bertutur dalam keadaan yang laju. Antaranya ialah Kedah, Terengganu dan Kelantan. Kadang kala situasi ini memberi masalah kepada orang lain. Hal ini demikian kerana pendengar akan mengalami kesukaran untuk memahami dan meneliti apa-apa sahaja yang ingin dikatakan. Masalah ini tidak akan timbul sekiranya mereka bercakap sesama negeri kerana budaya dan gaya percakapan adalah sama. Saya dapat mengaitkan keadaan ini dengan satu situasi iaitu apabila kami sedang membuat latihan drama Air Mata Seorang Reformis.

Dalam situasi ini, terdapat seorang pelakon yang berasal daripada negeri Terengganu sedang melakonkan babaknya. Semua orang yang hadir tidak dapat mengecam perkataan yang ingin dinyatakan olehnya termasuklah pensyarah dan pengarah drama. Pelajar tersebut diminta untuk membuat latihan agar menyebut perkataan demi perkataan secara perlahan-lahan dan boleh difahami oleh semua orang.

Berdasarkan situasi tersebut, kita sebagai rakyat Malaysia harus bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.....

Wassalam.

No comments:

Post a Comment