Assalamualaikum

Saturday, March 12, 2011

SITUASI:KESEDIHAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

PADA MINGGU LEPAS, SAYA TELAH MENERIMA DUA BERITA SEDIH. BERITA TERSEBUT MENYENTUH PERASAAN SAYA WALAUPUN TIDAK MELIBATKAN ORANG-ORANG YANG RAPAT DENGAN SAYA. TETAPI SAYA TELAH MELALUI SAAT-SAAT KEHILANGAN ORANG YANG TERSAYANG. KEPADA MEREKA, SAYA BERHARAP TABAHKAN HATI MENEMPUHI UJIAN ALLAH INI.

SITUASI 1
AYAH KEPADA KAWAN SEKELAS SAYA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. SAYA KURANG PASTI PUNCANYA. SIKAP RAKAN-RAKAN YANG LAIN SEOLAH-OLAH INGIN BERKONGSI KESEDIHAN DENGAN MENGADAKAN KUTIPAN DERMA DI DALAM KELAS. WALAUPUN DERMA TERSEBUT TIDAK BANYAK. DIHARAP DAPAT MERINGANKAN RASA SEDIH YANG DIALAMI. ITU SEBAGAI TANDA PRIHATIN KAMI. SAYA DOAKAN AYAH SITI HAJAR DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG YANG BERIMAN. AMIN...

SITUASI 2
ABANG TEMAN SERUMAH SAYA TELAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA. DIFAHAMKAN ABANGNYA YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL TERJATUH DAN DISERET OLEH VAN. KAWAN SERUMAH SAYA TERPAKSA BERTOLAK KE KEDAH PADA LEWAT MALAM. TETAPI YANG MENGHAIRANKAN SAYA, DARIPADA RIAK WAJAHNYA TIADA TANDA-TANDA KESEDIHAN YANG DITUNJUKKAN. MUNGKIN DIA INGIN MENYEMBUNYIKAN PERASAAN SEDIH ITU DENGAN BERSEMBANG DENGAN RAKAN-RAKAN DI FACEBOOK SEMENTARA MENUNGGU KEDATANGAN KAKAKNYA DARI KUALA LUMPUR.

BERDASARKAN KISAH-KISAH TADI, KITA SEBAGAI MANUSIA HARUS REDHA AKAN KETENTUAN ALLAH SWT DAN MENERIMANYA DENGAN PENUH KESYUKURAN WALAUPUN TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN SERIBU KEPAHITAN

WASSALAM.

INTERNET DISALAHKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sedang saya menyiapkan tugasan untuk dihantar pada minggu hadapan, tiba-tiba kawan serumah dengan saya menjerit. Terkejut yang amat, saya keluar dari bilik dan melihat dia yang sedang mengadap komputer ribanya. Wajahnya yang masam mencuka, rambut yang sedikit tidak terurus. Saya pun mengambil keputusan untuk bertanya.

Saya : Awak, kenapa menjerit tadi?
Kawan : Internet ni slow giler. Kadang-kadang tak dapat langsung. Dah puas  cari port ni. Memang teruk la internet ni.
Saya : Oh..nanti dapat la tu.
Saya terus masuk semula ke dalam bilik. Timbul rasa pelik, internet saya baik-baik sahaja. 



Berdasarkan situasi tersebut, kawan saya terlalu emosi dengan keadaan yang dialaminya. Masalah yang kecil boleh menyebabkan dia menjadi tertekan. Dalam hal ini, internet dipersalahkan. Seharusnya, kita perlu bijak mengawal perasaan supaya orang lain akan menghormati kita.


Wassalam.

SEDIA BERKHIDMAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya mendengar cerita seorang kawan saya. Dia telah mengadu tentang kerosakan tandas di rumahnya yang sampai sekarang masih belum dibaiki. Sudah beberapa kali laporan telah dibuat di pejabat kolej kediaman. Hampir setiap minggu, namun laporan hanya tinggal laporan sahaja. Banyak masalah lain yang timbul ekoran daripada masalah besar tersebut. Antaranya terpaksa menunggu giliran yang lama kerana lapan orang terpaksa berkongsi satu tandas. Itulah antara masalah yang paling ketara.

Dalam situasi ini, sikap kita mencerminkan hati kita. Pihak yang bertanggungjawab harus peka akan keadaan dan masalah yang terpaksa dihadapi oleh penghuni. Dalam menjalankan tugas, kita haruslah selalu bersiap sedia, bukannya mengharapkan ganjaran yang akan diterima pada 25 haribulan sahaja. Amanah yang diberikan haruskan dijalankan sebaik mungkin. Dengan itu, barulah orang lain akan menanam kepercayaan kepada kita.

Wassalam.

PEPATAH MELAYU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya membaca satu tajuk dalam buku Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu yang berbunyi PEPATAH. Saya cukup tertarik untuk mengetahui sekitan nota yang boleh dijadikan panduan kepada saya bagi menambahkan ilmu di dada. Buku yang dikarang oleh En. Abdullah Yusof bersama dua orang lagi pensyarah lain padat dengan isi-isi penting. Hasil kutipan daripada tokoh-tokoh bahasa lain dapat menguatkan lagi pendapat yang cuba diketengahkan oleh beliau dalam buku tersebut. 

Pepatah merupakan salah satu daripada jenis peribahasa. Pepatah boleh dianggap sebagai warisan zaman dan mengandungi aspek adat-istiadat, undang-undang, peraturan dalam masyarakat dan sebagainya. Contoh-contoh yang diberikan dapat difahami dengan jelas kerana diselitkan dengan maksud pepatah dan ayat sekali.
Antara contoh pepatah Melayu seperti berikut:

Pepatah Melayu
Maksudnya
 
Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa.
 
Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
 
Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita.
Guruh tak berbunyi, malang tak berbau.
 
Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
 
Percaya akan orang yang mengkhianati kita.
Kalah jadi abu, menang jadi arang.
 
 
Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian tidak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah. Kedua-duanya hangus.
 
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
 
 
Orang yang pandai akan melakukan kesalahan sesekali. Kalau orang itu pandai melakukan jenayah, sekali jatuh pun cukuplah susah.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
 
Bekerjasama dan saling menolong.
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
 
Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
 
Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya.
 
Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya.
 
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa berusaha.
 
Takut kerana salah, berani kerana benar.
 
Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
 
Buang yang jahat, ambil yang baik.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
 
Lakukan kerja yang baik biarlah ada batasnya tetapi jangan melakukan kejahatan.
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
 
Budi baik dikenang walaupun orangnya sudah mati.
Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
 
Semakin banyak wang/ilmu, orang itu semakin merendahkan diri.
Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada janjinya.
 
Janji mesti ditepati.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita.
 
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.
Mendapat sesuatu yang diingini.



Wassalam.

INSYA ALLAH VERSI BAHASA MELAYU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kata orang, bahasa cerminan bangsa. Saya sebagai seorang warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu ingin menggunakan bahasa ibunda saya sebaik mungkin. Salah satunya ialah saya ingin menukar lagu dalam blog ni. Sekarang blog saya masih lagi Insya Allah versi bahasa Inggeris. Saya akan tetap berusaha sampai berjaya mengubahkannya kepada versi Melayu.

Kenyataan di atas serba sedikit menceritakan situasi saya yang cuba mengangkat kedudukan bahasa Melayu ke tahap yang paling tinggi. Kalau Maher Zain boleh menyanyikan lagu Insya Allah yang asalnya dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang baik, kenapa tidak saya? Saya hanya perlu mencari laman sesawang yang membolehkan saya berbuat demikian. 

Kita sebagai orang Melayu harus sama-sama mendaulatkan bahasa rasmi kita. Bahasa asal nenek moyang kita, bahasa yang telah memerdekakan kita. 


Wassalam.

Friday, March 11, 2011

BERI SOALAN DAHULU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Minggu lepas, saya baharu sahaja melepasi pengajaran makro dalam kelas. Setelah 40 minit masa yang diberikan, saya melepasi masa debaran tersebut. Sebenarnya saya bersama tiga lagi rakan lain menjalankan pengajaran berdasarkan model pengajaran langsung yang memfokuskan Teori Pemodelan Bandura. Selepas fasa demi fasa dan sesi pengajaran, tibalah masa untuk penilaian oleh rakan-rakan dan pensyarah.


Kelemahan yang kumpulan saya lakukan ialah memanggil pelajar terlebih dahulu sebelum menanyakan soalan yang disediakan. Sepatutnya sebelum memanggil nama pelajar, saya seharusnya membaca soalan yang perlu dijawab oleh pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar akan memberi perhatian terhadap soalan yang diberikan dan mereka akan mempunyai masa untuk mencari jawapan di sebalik persoalan yang diajukan kepada 
mereka.








Hal yang sama bukan sahaja penting dalam pengajaran makro, malah penting dalam aspek kehidupan lain termasuklah dalam komunikasi sesama kita. Dengan cara ini, orang lain akan lebih tertarik terhadap tajuk 
perbualan yang dijalankan.




Wassalam.

BERCAKAP DENGAN LAJU.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam negara kita, terdapat beberapa negeri yang penuturnya bertutur dalam keadaan yang laju. Antaranya ialah Kedah, Terengganu dan Kelantan. Kadang kala situasi ini memberi masalah kepada orang lain. Hal ini demikian kerana pendengar akan mengalami kesukaran untuk memahami dan meneliti apa-apa sahaja yang ingin dikatakan. Masalah ini tidak akan timbul sekiranya mereka bercakap sesama negeri kerana budaya dan gaya percakapan adalah sama. Saya dapat mengaitkan keadaan ini dengan satu situasi iaitu apabila kami sedang membuat latihan drama Air Mata Seorang Reformis.

Dalam situasi ini, terdapat seorang pelakon yang berasal daripada negeri Terengganu sedang melakonkan babaknya. Semua orang yang hadir tidak dapat mengecam perkataan yang ingin dinyatakan olehnya termasuklah pensyarah dan pengarah drama. Pelajar tersebut diminta untuk membuat latihan agar menyebut perkataan demi perkataan secara perlahan-lahan dan boleh difahami oleh semua orang.

Berdasarkan situasi tersebut, kita sebagai rakyat Malaysia harus bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.....

Wassalam.

BERKUASA DAN DIKUASAI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam masyarakat, kuasa dianggap penting bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Dengan adanya kuasa dalam diri seseorang, maka segala yang diinginkan pasti akan tercapai dengan mudahnya. Tambahan pula, seseorang akan dihormati dan digeruni berdasarkan kuasa yang dipikulnya. Orang-orang yang berada di bawahnya akan menurut sahaja segala perintah dan suruhan sebagai tanda penghormatan. Dalam hal ini, kita sesama manusia, walaupun kita berlainan pangkat, warna kulit, dan kekayaan yang berbeza, namun harus diingat bahawa kita adalah manusia. Perkara penting yang tidak harus dilupakan ialah kita hamba Allah yang sama taraf dimataNya. Walaupun kita mempunyai kuasa, kita mesti saling menghormati antara satu sama yang lain. Saya ingin bercerita tentang kuasa kerana saya agak tertarik dengan peristiwa yang berlaku pada petang tadi.


Peristiwanya berkisar di pasar malam kolej kediaman saya. Sedang kami menunggu untuk membeli, saya melihat ada seorang pengawal keselamatan yang juga sedang menunggu.
Pakcik yang menjual makanan tersebut berkata

"Kita bagi abang ni la dulu, nanti dia akan menahan pelajar-pelajar yang berada dalam kolej kediaman ni. Dia kan pengawal keselamatan".

Walaupun dia adalah pengawal keselamatan, seharusnya kuasa yang dimilikinya tidak elok digunakan untuk kepentingan sendiri sedangkan pelajar-pelajar yang telah lama beratur perlu menunggu sedikit masa kemudian. Oleh itu, gunakanlah kuasa yang ada di tempat yang sesuai.

Wassalam.

BAHASA ROJAK ATAU BAHASA MELAYU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Dalam kehidupan kita sekarang, bahasa rojak seakan sudah sebati dengan gaya percakapan kita. Secara tidak sedar kita sendiri telah mencemarkan bahasa asli kita iaitu bahasa Melayu. Saya seolah dipanggil untuk mencoret tentang percampuran bahasa ini kerana sekarang penggunaannya seperti cendawam tumbuh selepas hujan khususnya dalam kalangan remaja kita. Misalnya,

                Remaja 1 : You, esok kita pergi KL nak? Kat sana nanti, kita boleh shopping.
                Remaja 2 : I think pun macam tu juga. Kalau ada sale lagi bagus.

Berdasarkan contoh tersebut, perkataan you, KL, shopping, think dan sale merupakan perkataan bahasa Inggeris yang telah digunakan dalam bahasa Melayu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa keadaan ini tidak menimbulkan sesuatu yang pelik namun tetap situasi ini salah dan melanggar hokum penggunaan bahasa Melayu. Oleh itu, marilah sama kita menggunakan bahasa Melayu dengan betul agar dapat memartabatkan bahasa ibunda kita.


WASSALAM..

Bukan OK, tetapi BAIKLAH.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ini saya telah diberitahu akan seorang pensyarah kursus  (???) menegur pelajar semasa melakukan pembentangan di dalam kelas. Saya menganggap teguran tersebut adalah positif kerana pelajar dapat mengesan perkara yang selama ini dianggap biasa yang sebenarnya adalah salah. Selain daripada itu, sebagai seorang bakal guru khususnya guru bahasa Melayu, bahasa yang kita gunakan akan dapat memberikan tanggapan kepada pelajar terhadap diri kita. Antara serba sedikit gambaran situasi adalah seperti berikut.

                Pelajar : Ok, hari ini saya akan membentangkan…

Pensyarah yang berada di hadapan terus menegur “ bukan ok, tetapi baiklah”.

                Pelajar : …sesuatu yang berada kat situ…

Pensyarah menegur, “bukan kat situ, tetapi di situ”…



Berdasarkan situasi di atas, kita telah sedar yang selama ini perkara-perkara kecil sedemikian adalah kesalahan yang sangat besar kepada maruah bahasa kita.

Wassalam.

Wednesday, March 9, 2011

MENGKRITIK DAN DIKRITIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sudah menjadi lumrah masyarakat dan manusia dalam dunia ini untuk mengkritik ataupun menerima kritikan. Kritikan merupakan menggambarkan seseorang pengikut pendirian yang berselisih dengan atau menentang objek. Dengan adanya kritikan, maka seseorang itu akan mengetahui kelemahan diri dan sekaligus dapat memperbaiki kelemahan tersebut ke arah yang lebih baik lagi.






Seseorang individu harus menerima sahaja apa yang dikritik. Namun demikian, pihak yang memberi kritikan haruslah jujur dan berterus terang, bukannya mempunyai niat yang tidak baik seperti melepaskan perasaan amarah mahupun membalas dendam. Dengan adanya pendekatan ini, maka sesuatu krtikan tersebut akan diterima dan dapat memberikan faedah kepada penerima kritikan. Dengan kata lain kritikan boleh dijadikan wadah untuk memperkembang potensi diri individu.




Sebagai contohnya, seorang pensyarah akan mengkritik hasil kerja pelajarnya supaya mereka boleh menghasilkan tugasan yang lebih baik lagi. Selain itu, kritikan yang selalu kita sedia maklum dalam bidang kesusasteraan. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang penulis akan mengkritik dan memberi pandangan kepada hasil karya penulis lain. Tambahan pula, kritikan merupakan aspek yang sangat penting dalam memajukan bidang kesusasteraan negara kita Malaysia.


Berdasarkan situasi tersebut, kita haruslah memandang sesuatu dengan positif walaupun kritikan yang diberikan kadang kala sedikit keras dan berlebihan.


Wassalam.

Tuesday, March 8, 2011

SARI KATA HINA ALLAH


GEORGETOWN: 
“Bagus kerana aku tidak mahu menjadi Allah ini bodoh, Focker,” itulah terjemahan sari kata yang terkandung cakera padat video digital (DVD) filem barat lakonan yang ditayangkan di pawagam, Disember tahun lalu.
Sari kata yang menghina nama Allah itu didedahkan Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu (Pewaris) Pulau Pinang. 
Pengerusi Pewaris negeri, Sabaruddin Ahmad berkata, berdasarkan aduan diterima, dia dan beberapa ahli jawatankuasanya membeli DVD itu bagi menentukan kesahihannya. 

Dialog asal berbunyi ‘I don’t want to be a stupid godfather’ (saya tidak mahu menjadi bapa pembaptisan bodoh) namun menyedihkan apabila sari kata yang terkandung dalam filem berkenaan diubah menyebabkan maksudnya menjadi lain,” katanya.


Berdasarkan situasi di atas, saya ingin melahirkan  kekesalan di atas kelakuan dan insiden terbabit Sebagai seorang hamba Allah dan mahkluk ciptaanNya, kita seharusnya menghargai apa-apa sahaja yang diciptakan kepada kita di samping bersyukur dengan nikmatnya.





Wassalam…






NOTIS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ini saya dapat mengesan satu kesalahan dalam gabungan perkataan yang tidak sesuai. Mari kita sama-sama menganalisis ayat ini :

                                Sila jangan tanggalkan notis ini!

Kalau kita perhatikan, kenyataan tersebut sememangnya lengkap dan betul. Namun demikian, aspek penyusunan perkataan tersebut seolah-olah tidak kena dengan tempatnya. Sekiranya perkataan Sila digugurkan, hanya jangan tanggalkan notis ini! yang akan ada. Perkataan ini masih lagi betul dari segi susunan perkataan dan tidak salah dari aspek gabungan perkataan. Walaubagaimanapun, jikalau perkataan jangan dipadam, maka akan menghasilkan Sila tanggalkan notis ini! . Situasi ini menunjukkan bahawa notis tersebut membawa mesej yang sebaliknya. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan keadaan tersebut tidak berlaku, maka notis yang lengkap dan senang sahaja yang akan diguna. Misalnya,

                                Jangan tanggalkan notis ini!

*Berdasarkan situasi tersebut, kita sebagai masyarakat seharusnya peka dan ambil tahu akan hal-hal di sekeliling.

Wassalam…

KESANTUNAN BERBAHASA.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pada hari ini saya bersama ahli kumpulan EDU telah mengadakan satu perbincangan bagi sesi Makroteaching ataupun Pengajaran Makro pada hari Selasa nanti. Kami memilih tajuk yang berkaitan dengan cara berurus bagi mendapatkan sesuatu perkhidmatan. Cara berurusan yang ingin dilakukan adalah sedikit sebanyak menerapkan unsur kesantunan berbahasa. Dalam membincangkan hal tersebut, kami akan memberikan contoh dalam dua situasi.

Situasi Pertama:
Dialog antara petugas kaunter dengan pelajar dalam urusan pembukaan akaun bank. Dalam situasi ini, petugas digambarkan sebagai seorang yang tidak mempunyai kesantunan berbahasa  apabila menggunakan bahasa yang kurang sopan. Di samping itu, petugas tersebut juga melayan pelajar dengan acuh tak acuh sahaja walaupun pelajar yang jauh lebih muda daripadanya mempunyai budi bahasa yang sangat baik.


Situasi Kedua:
Perbualan antara penjaga kaunter dengan seorang pelajar di pejabat pos. Kedatangan pelajar disambut baik dan mesra oleh petugas. Pelajar mengadu masalah barang yang dihantar tidak diterimanya. Petugas kaunter mendengar dengan teliti dan melakukan tindakan yang sewajarnya. Setelah diteliti, terdapat sebab yang munasabah iaitu alamat yang diberikan tidak lengkap. Dengan bahasa yang lembut, petugas tersebut menerangkan punca terjadinya masalah terbabit dengan jelas kepada pelajar.


Berdasarkan situasi di atas, dapat kita simpulkan bahawa kesantunan berbahasa amat penting dalam komunikasi. Dengan adanya nilai positif ini, maka hubungan yang erat dan baik akan terjalin dengan sendirinya.

Wassalam.

BAHASA KANAK-KANAK.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Zaman kanak-kanak merupakan satu zaman yang sangat indah. Semasa zaman ini, kita akan dilayan sebaiknya dan sekiranya kemahuan kita bersesuaian, kehendak kita itu akan dipenuhi. Maka, bersorak gembiralah kita bersama kawan-kawan dan keluarga. Saya melihat satu situasi yang dapat mengimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu.
Semasa mendengar ceramah Ustaz Akhil Hay malam tadi, saya melihat gelagat seorang kanak-kanak lelaki bersama-sama dengan kakaknya. Ayah dan ibunya ada bersama, namun mereka lebih memberikan tumpuan kepada isi ceramah yang diadakan. Telatahnya yang ceria dan riang berjaya menarik perhatian saya. Apabila si kakak tidak mengikut kemahuannya, si adik akan cuba menarik baju si kakak agar bermain dengannya. Si kakak dengan rasa prihatinnya mengikut sahaja kemahuan si adik. Sekali sekala, ayah dan ibu memerhatikan tingkah laku dan keadaan anaknya agar tidak bermain jauh dari pandangan. Apabila si anak yang masih kecil berada agak jauh, si ibu akan mengikuti anaknya dan membawa dekat dengan si ayah. Namun, si anak yang lincah sikapnya tidak suka duduk diam, ada sahaja perkara yang ingin dilakukannya. Si ayah dan ibu hanya bersabar dengan gelagat si anak tadi.


Berdasarkan situasi tersebut, kita dapat melihat bagaimana seorang kanak-kanak cuba berbahasa dengan menggunakan tindakan yang disukai oleh orang lain agar mengikut kemahuannya. Misalnya, tindakan si adik yang menarik baju si kakak menggambarkan kepada kita bahawa dia mahu kakaknya bermain dengannya. Oleh hal yang demikian, orang kedua dapat mengerti dengan tindakan tersebut.


Wassalam.

Sunday, March 6, 2011

KEMERIAHAN KARNIVAL

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam minggu ini, dunia pelajar-pelajar UPSI di'meriah'kan dengan karnival dan pesta. Karnival di KAB baru sahaja berlangsung, lalu disambung dengan Pesta Buku dan Ilmu di KHAR. Banyak gerai dibuka, antaranya gerai makanan, gerai buku, gerai pakaian lelaki, wanita dan sebagainya. Reaksi peniaga masing-masing ingin menarik perhatian pelanggan bagi melariskan jualannya. Pesta yang berlangsung hampir 6 hari ini benar-benar meriah. Ditambah pula dengan kehadiran artis dan kumpulan nasyid yang berjaya menarik kehadiran pelajar-pelajar khususnya pada waktu malam. 
Dalam pada itu, peniaga-peniaga menggunakan cara yang tersendiri bagi menarik kedatangan pengunjung. Dengan menggunakan bahasa yang bersopan dan mesra dapat memikat hati pelajar yang datang. Misalnya dalam situasi di gerai menjual buku agama. 

Peniaga : Dik, tengoklah buku-buku ni. Semuanya menarik dan berpatutan   harganya. Pelawa seorang wanita.
Pelajar : Saya nak tengok je kak. Jawab seorang pelajar. Saya hanya memerhatikannya.
Pelajar : Kak, yang ni berapa? Tanya pelajar berkenaan sambil menunjukkan buku bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'.
Peniaga : Yang tu RM**.**. Tapi kalau adik nak, akak akan bagi diskaun. 
Pelajar : Ok la kak, saya ambil yang ni.

sekadar gambar hiasan***

Berdasarkan situasi tersebut, dapat saya simpulkan bahawa bahasa yang bersopan dan bersesuaian dengan situasi dapat memberikan kesan yang positif dan membawa kebaikan bersama.

Wassalam.